Saturday, 14 September 2013

Kem ?! Oh Tidak!!!

Assalamualaikum dan Annyong ~~


Aku suka gaya rambut dia ~~


Minggu lepas cikgu beri tahu semua pelajar form 4 berita yang amat menyedihkan..Semua form 4 wajib pegi kem!! Lepas tu ramai la yang kata tak nak pegi..Disebabkan ramai yang tak nak pegi dari nak pegi..Cikgu dengan baik hatinya kata semua wajib..Fair and square..

Hukhuk..kejamnya cikgu ;( Kenapa cikgu??Kenapa??Dah lah buat kat sekolah je..tak best langsung!!Yang paling teruk..Sekolah aku dah lama takde air..Dalam 3-4 minggu macam tu la...

Macam mana nak mandi??Tak boleh mandi kira okey lagi..Nak buang air macam mana??tak dapat bayangkan macam mana..dah la tiga hari!!
Dan yang paling seksa.. kena makan sardin je! Hello cikgu...cikgu kasi 40tin je..Satu group ada 30 orang..Mana cukup..Budak lelaki bukannya makan sikit...Harus 5 tin sardin untuk diorang saja..Kalau makan 3 kali sehari??? Bayangkanlah...Aku rasa macam nak menangis pun ada ni..Seksanya!!

Bukan manja atau tak biasa..Tapi kali ini takde senior yang nak tolong masak untuk insan-insan yang TERLEBIH PANDAI masak macam aku ni..hehe..*Kalau goreng telur tu boleh la*

Nasib la..Lepas tu aku kena pegi bertanding pengurusan jenazah pula..Sepatutnya briged bakti..Tapi sebab briged bakti tak berapa nak ada kat sekolah..Terpaksa la aku and the geng masuk..

Dalam minggu yang sama..Just skip satu hari je..Ya Allah..Penatnya!!*Nak pengsan*hahaha..Lembikkan aku kan??Takde la lembik mana..Ada lagi yang lembik pada aku..*sedap je mengata orang*

Okey dah malas nak menaip ni..Hari Isnin ni nak pegi shopping barang-barang nak pegi kem..(Beli barang macam mana pegi London) Suka hati la ! Bye-bye


1 comment:

Nurfaezah Abdullah said...

fae suka gi camping.. tapi kalo xde bekalan air tu x seronok la huhu..

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner