Friday, 1 November 2013

Talam bermuka-muka :*

2 comments:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo :)

Hello November :) Aku harap bulan ni takde apa-apa masalah baru yang timbul macam bulan-bulan lepas ..

Ya Allah... Ya Tuhan.. Kenapa semuanya jadi huru-hara macam ni ? Lepas satu satu masalah yang datang..Aku harap sangat kawan-kawan aku dapat bertahan dan bersabar dengan semua ni ..
Ni semua berpunca dari seorang kawan yang...Aku pun tak tahu nak cakap macam mana..Disebabkan dia sorang..Semua hampir bergaduh sesama sendiri..
Nasib baik kita orang dah jadi kawan hampir 4 tahun..
Kalau setahun dua ..Aku rasa dah lama bergaduh..Dan dia akan bertepuk tangan tengok kita orang bergaduh..
Dia ni macam talam bermuka-muka..Bukan dua muka je tau ! Dia ni kat depan cakap lain .. Kat belakang cakap lain..Uishh..bahaya dapat kawan macam ni..
Kelmarin dia ajak kawan aku jumpa dengan dia sebab nak cakap sesuatu..
Dia siap pesan lagi .. Berhati-hati dengan aku ..
Sebab aku ni jenis kawan makan kawan..Benda sama yang dia cakap dekat kawan aku yang lagi satu..
Lepas tu dia cakap aku ada save gambar Cik Sha *kawan aku* dengan pakwe dia sebab nak tunjuk kat cikgu.. Heyy..takde masa la aku nak save gambar orang lain dalam handphone aku ni ...
Nasib baik aku boleh sabar lagi ..
Kalau ikutkan hati aku yang panas ni..Dah lama aku tampar muka dia laju-laju..Biar hancur..
Dia tak kenal aku siapa.. So jangan nak main-main dengan aku !
Bukan setakat aku je yang kena .. Cikgu kelas aku pun dia buat benda yang sama jugak ! 
Berani betul budak tu..
Lepas semua orang tahu pasal perangai TERBAIK dia tu semua macam malas nak layan dia..
Aku cerita kat kawan-kawan aku pasal dia cerita kat aku tu bukan nak suruh kawan-kawan aku benci dia ke apa..
Sebab aku hanya satu .. Biar kawan-kawan aku tahu apa yang dia cerita pasal dia orang kat belakang..
Aku bukan nak laga-lagakan orang...
Tapi dia buruk-burukkan aku kat belakang...
Now..aku just nak tahu apa sebenarnya yang dia nak..
Apa motif dia buat macam ni ??
Tolong kasi tahu aku cepat-cepat ye sebelum aku heret kau ke balai disiplin !

Huh ! aku tengah marah ni !! muahaha :/

Kbai ~

Thursday, 17 October 2013

Buat sesuatu biar ikhlas :)

No comments:

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo :)


Baru aku tahu betapa sakitnya bila tahu suatu kebenaran..Aku rela ditipu dari tahu kebenaran tu ! Serious ! Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni macam-macam yang berlaku..Lepas satu..satu..
Naik pening kepala ni..Urmmm..Ya Allah..Kenapa boleh jadi macam ni??
Sakit sangat bila kita ikhlas kawan dengan seseorang tu..Tapi dia boleh pulak kutuk kita kat belakang..Aku tahu semua ada kekurangan..Tapi tak perlu sampai mengata kat belakang..Macam la dia tu dah perfect sangat..
Sampai bila nak mengata orang macam ni?Tak tahu ke satu jari kita tunjuk kat orang..Empat lagi kat kita ! Ingat tu..Bukan selalu kita berada kat atas..
Jangan la bongkak sangat..Sebab bila kau jatuh..aku takut kau rasa sakit..:/
Satu lagi..Mulut tu kena la jaga..Nak cakap boleh..Tapi guna otak..Bukan guna tapak kaki kau ! 
Ikut sedap mulut je..Tak fikir pasal orang lain..
Kalau orang mengata pandai pulak kau sentap..Tapi bila kau mengata kat orang..ada kau fikir pasal perasaan dia??Ada??
Satu lagi..tak payah nak jadi hipokrit sangat..Macam la orang tak perasan yang kau tu sebenarnya hipokrit..Kau tak pernah rasa bersalah ke ??
Atau at least kau fikir sebelum kau buat something..
Kalau kena atas batang hidung kau macam mana???
Aku tak kesah kalau kau nak kata aku macam-macam..Tapi orang lain..tolong la..
Lama-lama..orang muak jugak dengan perangai kau tu !


*Maaf la kalau bahasa kasar sikit*

Saturday, 14 September 2013

Kem ?! Oh Tidak!!!

1 comment:
Assalamualaikum dan Annyong ~~


Aku suka gaya rambut dia ~~


Minggu lepas cikgu beri tahu semua pelajar form 4 berita yang amat menyedihkan..Semua form 4 wajib pegi kem!! Lepas tu ramai la yang kata tak nak pegi..Disebabkan ramai yang tak nak pegi dari nak pegi..Cikgu dengan baik hatinya kata semua wajib..Fair and square..

Hukhuk..kejamnya cikgu ;( Kenapa cikgu??Kenapa??Dah lah buat kat sekolah je..tak best langsung!!Yang paling teruk..Sekolah aku dah lama takde air..Dalam 3-4 minggu macam tu la...

Macam mana nak mandi??Tak boleh mandi kira okey lagi..Nak buang air macam mana??tak dapat bayangkan macam mana..dah la tiga hari!!
Dan yang paling seksa.. kena makan sardin je! Hello cikgu...cikgu kasi 40tin je..Satu group ada 30 orang..Mana cukup..Budak lelaki bukannya makan sikit...Harus 5 tin sardin untuk diorang saja..Kalau makan 3 kali sehari??? Bayangkanlah...Aku rasa macam nak menangis pun ada ni..Seksanya!!

Bukan manja atau tak biasa..Tapi kali ini takde senior yang nak tolong masak untuk insan-insan yang TERLEBIH PANDAI masak macam aku ni..hehe..*Kalau goreng telur tu boleh la*

Nasib la..Lepas tu aku kena pegi bertanding pengurusan jenazah pula..Sepatutnya briged bakti..Tapi sebab briged bakti tak berapa nak ada kat sekolah..Terpaksa la aku and the geng masuk..

Dalam minggu yang sama..Just skip satu hari je..Ya Allah..Penatnya!!*Nak pengsan*hahaha..Lembikkan aku kan??Takde la lembik mana..Ada lagi yang lembik pada aku..*sedap je mengata orang*

Okey dah malas nak menaip ni..Hari Isnin ni nak pegi shopping barang-barang nak pegi kem..(Beli barang macam mana pegi London) Suka hati la ! Bye-bye


Friday, 23 August 2013

Kerja Kursus Akaun Bikin Kusut !!

1 comment:
Assalamualaikum dan Annyong ~~









Hyep...Sekarang aku rasa macam nak gila pun ada jugak ni.. Mula-mula masuk sekolah lepas cuti raya hari tu .. Cikgu dah kasi kerja kursus.. Oh tidak!!! Patutnya kerja kursus tu cikgu kasi sebelum cuti raya hari tu lagi.. Sekarang hanya tinggal sebulan je lagi sebelum cikgu nak kutip kerja kursus tu.. Orang buat dalam masa 2 bulan.. Tapi aku terpaksa buat dalam masa sebulan...

Tapi aku tak tak tahu nak buat macam mana..*sigh* Masa cikgu explain hari tu pun aku blur lagi... Aku masih tak dapat bayangkan macam mana bentuk kerja kursus tu.. Aku dah try tanya cikgu.. Takde ke contoh kerja kursus senior-senior yang tahun lepas sebab nak tengok dokumen yang perlu dibuat.. Tapi cikgu kata takde pulak !

Lepas tu aku try la google.. *maklum la zaman dah moden*.. Tapi hasilnya tetap negetif..*hantuk kepala kat meja*Macam mana ni?? Nak tanya member pun..Diorang pun blur macam aku jugak ! Dah la kena guna Excel ! Aduhai ... Nasib-nasib...

Bila jadi macam ni aku rasa macam nak drop je subjek ni tahu tak ! Ade pun buat menyemak je ! Hehehe..
Ada tak siapa-siapa yang belajar akaun? Please~~ I really need your help !!!
Tak lama lagi aku rasa aku pun akan gigit laptop aku macam dia jugak.. Hihihi ... :)

Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya Semua

1 comment:

Assalamualaikum dan Annyeong !!!


Rembat dari Mr.Google

Masa cepat je berlalu pergi kan? Sedar tak sedar tinggal tiga hari lagi nak raya ! Wah..tak sabar nak raya..Tak sabar nak berkumpul dengan sepupu-sepupu aku..part paling best masa malam raya..Semua masuk dapur untuk masak.. Tak sabarnya!!!
Oh ya!Lupa nak tanya..Baju raya dah siap beli ke?Langsir dah pasang??Kuih raya dah siap??Buat ke beli??Kalau beli..Kita sama! sebab tahun ni mak Hanie malas nak buat sebab dia kata bukan nak beraya kat rumah pun..Okey baiklah..
Cerita part baju raya nikan..Hanie rasa macam nak cekik-cekik je adik Hanie yang lelaki tu..Kalau bab shopping..Kalah budak perempuan..Kalau beli baju yang murah-murah takpe la pulak .. Ni seluar dia saje dah tiga ratus lebih..*lari bajet*Tu belum masuk kasut dengan baju lagi..memang lima ratus tu untuk dia sorang!
Hello~~ingat ayah dia tu ada pangkat Tan Sri plus ada syarikat besar plus harta banyak tujuh keturunan tak habis makan ke apa!?*Letih*Beli baju tak tengok harga ke apa dia ni? Main rembat je..Nasib baik adik-beradik aku ada empat orang je..Kalau satu team bola??Harus ayah aku mati berdiri kat supermarket tu..hahaha*jahatnya mulut*
Lepas beli baju tu..Habis-habisan dia kena sindir dengan Hanie..Padan muka!Sape cari pasal kan??
Okey la..Dah malas nak tulis..Buang karan je!!!

Selamat hari raya!Maaf zahir dan batin..*nak duit raya boleh???*

Saturday, 13 July 2013

Long Time No See :)

1 comment:





Assalamualaikum dan Annyeong ~~~

Mak aiii.. Habuk..Banyaknye..Lama kot tak bukak..Bukan sebab malas..Tapi aku mengajuk dengan blog aku.. Sape suruh buat hal?Aku tak suruh..Memandai je dia nak buat hal ! Tension aku ! Dia jadi macam ni hah 


Aku ni bukannye jenis reti sangat nak main dengan kod-kod ni segala..Sekali aku tension..Hancuss la blog aku jawabnye.. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu..Sebelum ni okey je..Tak paham aku..
Sekarang ni pun masih belum okey lagi..Aku dah malas nak ambik tahu pasal dia lagi ! Kita putus !!! hahaha...






Sunday, 19 May 2013

Macam best je~~~

No comments:
Assalamulaikum dan Annyonghaseyo :)

 Berkurun aku rasa tak bukak belog ni.. Berhabuk... Bulu ayam mana ?? biar la dulu..Lain tahun aku kemas..Lama rasa tak pegi menziarahi orang..Lepas ni nak pegi buat blogwalking la.. 
Ni aku nak story pasal windows 8..Biasa la orang baru nak guna benda alah ni..Memang aku agak ketinggalan sikit kalau pasal benda-benda macam ni.. Sikit je okey..Tak banyak..
Aku sebenarnya tak tahu pun pasal..Adik lelaki aku tu yang pandai-pandai..Sampai aku mula-mula on laptop aku..Jadi bengong kejap..hahaha..Maklum la orang tak biasa dengan teknologi yang terlampau cangih ni kan..
Serious..masa aku tengok adik aku main tu kan..Nampak lain giler dari windows yang sebelum ni..Aku pun apa lagi..Nak try jugak benda baru ni..Dia pun kasi la aku ..
Excited kot masa main tu..Lepas tu..aku pun nak tutup sebab dah lama kan..
Tiba-tiba..Eh!?Macam mana nak tutup ni?Baru aku perasan yang dia takde button start kat tepi tu..*paham-paham je la tepi mana*..
Aku mula la gabra ingat dah tak boleh off..Pastu adik aku datang..Dia pun cakap
"Kau ni bengap la"
Eh..eh..suka hati mak tiri sebelah bapak angkat kau je panggil aku bengap..Aku mana tahu..Kau takde pulak buat tutorial pasal benda alah ni!!!Sengal la..
Lepas tu aku try cari tutorial pasal benda alah ni..Banyak benda yang aku dapat alah ni..Rupa-rupanya gempak la jugak pakai benda alah ni..Takde la teruk mana..
Aku ni je yang tak reti nak guna kan..*Sedih*
Bye

Wednesday, 17 April 2013

Extreme~~~

No comments:

Assamualaikum dan Annyeong !!

Tudung tak jadi la !! Stresss ...
hyep...
Blog aku selalu berhabuk kot sejak dua menjak ni kan ? Aku sebenarnya tak tahu nak update apa...Takde apa yang best pun berlaku? Hidup aku penuh kebosanan ke.. Eh?! Mana ada.. hidup aku penuh dengan warna-warni je kot..
Urmm..Hari tu..*hari Sabtu lepas kalau tak silap*cikgu sekolah buat program mendaki bukit..Waaaa..*Besarkan mata*haha..Mula-mula memang la excited..Tapi bila sampai kat bukit tu..Bila dah start naik.. tak sampai separuh.. Dah lembik!hehe..
Dah la jalan licin..banyak kali aku terhempap kat atas batu..Lebam sana sini..Tapi nasib baik la pacat ta gatal nak merayap kat kaki aku!Kalau tak aku sumpah pacat tu tujuh keturunan!!!Kejamnya..
Harusla..aku geli kot dengan binatang tu..Lipas aku okey lagi..Tapi kalau binatang tu..Harus aku menjerit sampai runtuh bukit tu !!!


Kredit to kawan saya..Suka sangat ambik gambar pelik-pelik..Tapi comel!*perasan*

Lepas letih-letih mendaki bukit akhirnya..Nampak jugak anak sungai..Heaven!! Rasa macam nak terus terjun!!!Overacting^^
Lepas main air..Solat then balik..Macam sekejap je aku rasa..
Tak puas lagi nak main air!!Nak lagi..Nak lagi!!!
Masa kat sungai tu..Main air macam tak pernah jumpa air kot..haha..


On the way balik~~Keletihan yang melampau !!
Aku tak tahu kenapa kawan aku tido peluk botol air ?? Pelik...





Thursday, 28 March 2013

Kalau tak buat tak boleh ke ?

No comments:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo :)


Waaa .... Aku rasa aku dah jatuh chenta kot dengan dia ni .. Hensem giler .. *melting* setiap kali tengok Kevin .. (gambar diambil dari google je) haha... Belog aku pun dah bertukar.. Sakit la pulak rentina mata aku bila tengok kaler pink ni.. Tapi takpe la.. aku tak tahu nak letak kaler ape dah.. So aku belasah je la ..

Minggu lepas sebelum cuti.. cikgu sekolah Hanie kononnye buat ujian penilaian la.. Nak tengok kemampuan pelajar yang belajar selama tiga bulan ni kan.. Mula-mula rileks je.. Hanie boleh siap layan novel lagi masa exam weeks hari tu.. Kononnye boleh jawab la semua soalan yang cikgu kasi.. *Bajet pandai*

Masa exam lagi best.. Satu kelas sepakat nak meniru.. Hahaha.. Teruk la budak-budak ni.. Pandai je diorang susun meja rapat-rapat..#cakap kat orang dia pun sama jugak!# takde la kuat sangat meniru.. Meniru sikit-sikit je.. haha.. Kelas Hanie kira oke la kot.. sebab takde la buat nota selit bawah alas meja masa exam.. Kalau kelas lain.. Siap buat perbincangan lagi.. hahaha.. Dasyatkan! memang pun..

Itu adalah perkara biasa bila exam.. Tapi kita orang tengok cikgu jugak nak buat kerja men-copy dan paste.. Kalau main belasah je.. Nanti kantoi... Lagi parah.. Tapi meniru pun failed jugak..Takde maknanye meniru pun.. hahaha.. Semua macam terkejut kot bila tengok result diorang .. 

Ye la .. selama ni mana pernah dapat G.. Paling teruk pun dapat D je.. uwaaa...*ambil tisu lap air mata.. Semua buat muka tak percaya bila tengok buku rekod..haha.. Kalau takde exam tak boleh ke ?*buat sekolah sendiri kalau tak nak ambik exam okey?* Aish .. penat la .. asyik exam je.. *kau tak payah pegi sekolah la Hanie.. Banyak bunyi pulak ! ok fine..

Moral of the story is.. Tak payah la nak meniru .. Tak dapat apa pun.. ye la.. Kalau meniru yang pandai takpa la.. Ni meniru dengan orang yang otak sama gred je. memang failed la .. hahah ...

Kbai !!!

Saturday, 2 March 2013

Tuesday, 26 February 2013

Tabiat Lama

No comments:
bed, bunny, cute, forever, friends



Assalamualaikum dan Annyonghaseyo :)

Waaa .. Cuaca kat luar tu terus mengoda aku untuk tidur di petang yang ni .. haha .. Best kot tidur waktu macam ni .. Oke ! Stop it .. aku bukan nak story pasal tidur or cuaca .. Aku nak story pasal budak sekolah aku .. atau lebih tepat budak kelas aku ..

Aku dah lama duk perhati perangai budak-budak kelas aku .. Asal datang sekolah .. Terus bukak beg .. Buat kerja rumah yang tak siap lagi .. Aishh .. Tahun ni makin menjadi-jadi pulak aku tengok .. Tahun lepas takde la teruk sangat .. Sampaikan tiap-tiap hari dia orang buat kerja rumah kat sekolah ..

Kat rumah dia orang buat apa eh ? Soalan tu takde sape pun nak jawab bila aku tanya =,= sedih .. 

Bila datang je mesti tanya member ..

"Eh kau dah siap akaun?"
"Ermm sikit lagi . Kenapa?"
"Aku pinjam jap nak tengok"

Lepas tu jadi la kejadian kopi paste sesama sendiri .. Aku kopi kau .. Kau kopi aku .. Urmm .. Tak faham aku .. *Walaupun aku pun kekadang berjangkit jugak dengan dia orang .. Subjek yang paling banyak sekali dia orang kopi paste .. AddMath .. haha .. Tu dah sedia maklum la ..

Kalau cikgu mengajar je .. Buat muka mengantuk je belaka .. Lepas tu kalau cikgu tanya .. Semua cakap faham .. Tapi hakikatnya ..Tak faham pun .. Saja nak tunjuk pandai ke apa ni ? Ye la budak kelas Sains kan ..

Kelas sains pun kalau tak faham cakap je lah kan .. ni tak nak mengaku .. apa la .. Kalau exam mula la tak boleh jawab .. Kalau la buat perangai macam ni sampai form 5 aku tak tahu la ... =='

Saturday, 23 February 2013

Kelas

No comments:

asian, cute, doll, game





Assalamulaikum dan Annyonghaseyo ..



Waaaa .. gila berhabuk blog aku .. berkurun kot aku rasa tak update .. hehe .. Sorry .. Sorry .. Sorry .. Eh ? menyanyi pulak .. Aku bukan tak nak update .. Tapi aku tak tahu nak tulis apa .. Ladi pun tiap-tiap minggu aku ulang alik pegi sekolah sebab nak hias kelas .. Kalau tak menang lagi kelas aku .. aku tak tahu la nak kata apa .. Memang tahun ni memang bersungguh member-member aku menghias kelas .. Yang paling best .. budak lelaki pun sama naik duk menghias kelas .. haha ..

Kalau tahun lepas-lepas .. Huh .. jangan harap la dia org nak tolong .. dia org just tolong tengok je .. =.= Tak boleh harap langsung kan ? Biasa la lumrah hidup .. haha ..


Haha .. tengok sanggup mari sekolah sebab nak tolong cat kelas .. *walaupun selepas kena ugut* Tapi dua orang ni je la yang datang .. Yang lain .. Hampeh .. duk buat tahi mata je pandai .. haha .. Takpe la .. at least ada jugak yang datang tolong .. Kalau nak suruh budak perempuan .. Memang tak siap la .. Asyik duk baiki tudung je kan ? Betol tak ?

Oke lain .. Aku dah tak tahu nak tulis apa ni .. Bye !

Monday, 28 January 2013

Maaf .. Saya Tak Mampu ....

2 comments:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo

Aku tak terdaya nak tolong dia ..Tapi setiap kali aku bagi nasihat kat dia dia tak pernah nak dengar .. Aku tahu dia nak jadi macam orang lain .. Tapi dia tak pandai sebab dia tak biasa dengan semua tu .. Aku cuba kasi dia nasihat walaupun aku sendiri pun tak berapa nak betol kan .. Haha .. Aku rasa dia terlalu rendah diri .. Dia selalu cakap yang dia ni tak macam orang lain .. Dia tak sempurna la .. Tolonglah .. Bukan semua orang sempurna .. Tak .. Tak .. Takde orang pun yang sempurna .. Patut dia bersyukur sebab dia dilahirkan sempurna bukan istimewa macam seestengah orang ..

Bila duduk ramai-ramai .. Dia mesti diam je .. Bila budak perempuan cakap pasal baju ke .. pasal tudung ke pasal perempuan ke .. Dia mesti diam je .. Oppsss .. Lupa nak kasi tahu yang dia ni jatinanya perempuan .. Ye la naluri perempuan macam mana kan .. Selalu nak lebih dari orang lain .. Eh !? Ye ke .. aku tak macam tu pun *bajet* Maybe aku tak perasan kot .. hehe ..

TTapi kan .. dia ni pelik tahu tak .. Dia langsung tak kesah dengan penampilan dia .. Dengan kebersihan diri dia .. Dengan tubuh badan dia .. Ye la ada jugak yang tak ambil tahu pasal semua tu .. Aku pun .. Tapi takde la sampai tahap dia ni .. Bukan aku nak mengata .. Tapi aku dah tak tahu nak bagi nasihat macam mana lagi kat dia ni ..

Aku takde la kejam sangat .. Tak sampai hati jugak orang asyik duk mengata dia je kan .. Walaupun aku tak rapat sangat dengan dia .. Tapi dia tetap rakan sekelas aku .. Apa-apa pun mesti aku kena nasihat jugak dia .. * busybody pulak aku ni * Biar la .. Dia member aku kot ..

Aku dah tak tahu nak buat macam mana .. Sampai satu tahap tu .. Ustazah aku sendiri nak panggil dia nak kasi basuh dia punya otak .. haha .. Macam pelik je bunyi ayat aku tu .. Biar la .. hehe .. Okey bye !

Aku masih blur lagi sebab belajar math dalam BM , Bio pun dalam BM .. Pening nak translate apa yang cikgu cakap =="
#Maaf la aku tulis macam ni .. Saja .. Buang tabiat !

Wednesday, 23 January 2013

I'm Tired ;(

No comments:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo 

Hurghh .. Ngantuk , penat , letih .. Eh ? letih dengan penat bukan sama je ke ? takpe la .. ejaan lain-lain kan ? haha .. Kenapa aku letih .. Sebab hari-hari aku pedi sekolah .. Kau ingat orang lain tak pegi sekolah ke ? Ikut suka la kan .. Tu orang la .. Bukan aku .. hehe .. penat tahu tak .. Ingat naik form 4 boleh rehat la kan ? Boleh enjoy ke .. Ponteng kelas ke .. Tapi .. huh .. satu pun tak boleh buat .. Dahlah kasi homework macam tak bagi aku tido je ..

Kalau duduk dalam kelas tu mesti ramai kan ? Ade ke kelas takde orang .. Melalut je .. Ok .. Aku ingat masuk form 4 ni .. Takde dah perangai macam budak-budak .. Urmm .. Tapi ade lagi buat perangai macam tu .. Ni mesti kes tak sedar diri yang umur tu dah meningkat .. hahaha .. Biasalah .. Kalau dah nama pun manusia mesti ade je yang perangai yang pelik-pelik ..

Kalau nak buat perangai pun .. Balik la rumah dulu .. Tak payah nak tunjuk kat sekolah .. Takde sape pun nak tengok perangai nak tu .. Kalau baik takpe pulak .. Ni sebaliknya .. Simpan je la .. Aku dah malas nak layan .. Dah besarkan .. Ade otak tak ? "Adddaaa ..." Hah .. ade pun .. So fikir la guna otak dan akal anda ye .. Tak perlu aku nak sindir-sindir lagi .. Sia-sia je aku dapat dosa .. 

Kalau tak puas hati dengan aku .. Jumpa .. Tak payah nak lenguhkan tangan nak update status kat Facebook ke , Twitter ke kan ? Ni tak .. bila tak puas hati je .. Update status .. Kalau kat depan .. Kemain lagi .. Cakap macam orang Melayu terakhir .. Tapi .. Sekali aku baca status .. Perghhh .. Hilang ciri-ciri kemelayuan itu .. haha ..
 Aku penat ok ! aku dah malas nak layan orang macam tu !

Ok la .. Nak siap nak pegi tuisyen pulak ! :)

Monday, 14 January 2013

S.E.K.O.L.A.H (2)

1 comment:

atmosphere, dreamy, field, flower, flowers, free




Assalamualaikum dan Annyonghaseyo



 Lambai tangan !!! Oke sekolah amatlah penat .. Homework tu tak payah nak cakap la kan .. Memang banyak .. Aku rase macam nak ambik SPM tahun ni pulak .. hehe .. Orang SPM pun rileks lagi .. 

Apa yang teruk lagi .. Tahun ni .. Semua cikgu-cikgu yang mengajar aku GARANG u .. Memang takde harapan untuk aku tidur , makan atau buat apa sahaja yang melanggar peraturan kelas aku .. haha .. Nampak sangat aku suka tidur dalam kelas .. Itu adalah rutin harian aku di sekolah oke .. Takde la tidur mati macam kat rumah .. Hanya sekadar rehatkan mata je ..

Nak tahu tak ? Nak tahu tak ? Nak ? Ok aku kasi tahu .. Aku ambik 10 subjek untuk SPM 2014 .. Penat wok .. Nak carry 10 subjek tu .. 9 pun tak berapa nak boleh .. Ni cikgu kasi 10 .. Alamatnya aku mati berdiri la lepas ni .. Sepatutnya aku ambik 9 je .. Tapi  entah kenapa cikgu gatal sangat nak suruh budak-budak sains ambik extra subjek .. iaitu PA .. Apakah itu ?? Mesti korang tahu kan .. Prinsip Perakaunan ..

Huh .. Memang boleh jadi akauntan la aku lepas ni .. hehe .. Dahlah kalau tak siap ke duduk bawah meja .. Boleh bayang tak .. Macam mana situasi aku bila duduk bawah meja .. Memang menyeksakan pinggang aku .. Serious ! Aku kadang-kadang tu nak suka jugak .. Tak pernah dalam sejarah aku duduk bawah meja !

Terima kasih cikgu kerana melakar sejarah dalam hidup saya .. Hahaha .. tapi .. Not bad  la duduk kelas sains .. Oke je .. takde la teruk mana .. Kelas pun senyap je .. Takde la rase macam duduk dalam zoo .. hahah ..


KBAI !

Saturday, 5 January 2013

Segmen : Up Followers 2013 by HotMasaKini

6 comments:
SEGMEN UP !! FOLLOWERS 2013

Assamualaikum dan Annyonghaseyo .. Urmm .. Aku rasa macam nak masuk segmen pulak .. hewhew .. Sempena tahun baru ni kan .. Ni segmen pertama aku masuk .. Erk ?
Nak masuk tekan je banner tu ..

Friday, 4 January 2013

Tiada lagi insan sepertimu ..

1 comment:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo ..

photography, text

Uishh .. Tajuk .. Kemain jiwang .. haha .. Lepas ni mungkin dah tak boleh nak jiwang macam ni lagi .. Nanti sibuk dengan aktiviti sekolah pulak .. Kalau tahun baru mesti semua orang happy kan .. Pegi sekolah boleh jumpa kawan-kawan .. Tapi aku ? Sob-sob .. 

Bestfriend aku dah takde !! Eh .. bukan takde maksudnye meninggal la suka hati je cakap dia meninggal ! .. Dia dah tak sekolah sama dengan aku lagi .. sedihnya .. Selama ni semua benda kat sekolah aku buat dengan dia .. Termasuklah ponteng kelas ! ahaha .. Takde la kuat mana ponteng kelas ..

Benda yang paling dia suka buat adalah melantak kat kantin .. Haha .. Tak puas kat katin dia pegi shopping pulak kat koop then picnic dalam kelas .. Disebabkan kelas aku terlampaulah luas .. Siap ada tikar la untuk kitaorang lepak masa cikgu takde .. 

Nakalkan dia ? Memang pun .. Dia jugak la juara tidur dalam kelas .. sebelum rehat dia tidur .. Lepas tu dia akan bangun bila dia rasa lapar .. Haha .. Dan kitaorang selalu jadi orang yang pertama menjejakkan kaki di katin .. *patut cikgu kasi anugerah taw kat kitaorang ! 

Tapi tahun ni .. Aku dah tak boleh buat kerja gila-gila lagi dengan dia .. kalau nak buat dengan orang lain .. Tak best .. Sebab aku memang sekepala dengan dia je .. *Aceh .. Masa mula-mula tu .. Memang rasa jangal siot bila takde dia .. 

Everything change ! Oh .. Okey la .. Nak layan City Hunter pulak .. Bai !

Thursday, 3 January 2013

S.E.K.O.L.A.H (1)

No comments:
Assalamualaikum dan Annyonghaseyo ..

Hye Januari ! Kita bertemu lagi .. haha .. Pinggangku masih sakit akibat terlalu lama duduk di dewan .. Tahun ni cikgu-cikgu sekolah aku terlampau rajin nak buat sesi orentasi segala .. Macam la baru masuk sekolah .. Dah empat tahun kot aku belajar kat sekolah tu .. 

Kalau dia bei maklumat yang aku tak tahu takpe pulak .. Ni asyik guna ayat copypaste je .. Tahun sebelum-sebelum ni pun dah dengar ayat tu .. Maybe next year pun kena dengar ayat tu lagi sampai habis sekolah .. Haha .. *mentang-mentang dah dah lama kat sekolah tu .. banyak komen pulak !*

Pagi-pagi lagi budak-budak sekolah aku kena menadah telinga untuk mendengar ucapan cikgu-cikgu yang panjang berjela .. Lepas tu ada yang kena gunting rambut la .. Kena rotan la .. Haha .. kesian .. Tahun ni cikgu sekolah aku tetapkan DIHARAMKAN memakai tudung sekolah yang biasa ni .. tahun ni kena pakai tudung yang macam tudung Ariani tu .. Tapi versi sekolah yang buat .. Huh ! Tak comel langsung pakai tudung tu la .. Macam budak sekolah rendah la pulak !

Oke .. Stop pasal tu .. nak cerita pasal aku dan kelas SAINS .. Untuk minggu ni aku tak rasa stress lagi sebab tak belajar .. Kalau minggu depan memang comfirm ni .. Dah la kena ambik prinsip perakaunan .. Ermm .. add math la .. Alahai .. Boleh bikin gua gila ni .. 

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tersesat dalam kelas SAINS ni .. Padahal ramai lagi orang yang layak masuk kelas ni berbanding aku .. Kadang-kadang aku tefikir jugak boleh ke aku belajar dalam kelas yang macam ni .. Layak ke aku masuk kelas ni ? 

Aku rasa bertuah sangat .. Tapi masih ada perasaan tidak yakin pada diri sendiri .. Boleh ke aku belajar nanti ? Tak susah ke ? Dahlah sekolah aku tak banyak aliran yang ada .. Tak boleh pilih sesuka hati pulak tu .. Nasib la ..

Oke la .. Aku berhenti dulu la .. Panjang lagi sebenarnya .. Tapi penyakit malas aku telah datang .. So .. Bye .. 



You cannot taste the sweetness of your success if you cannot experience the bitterness of sacrifices......believe it! - Twitter @Andyrexx
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner